Mereka ini juga mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan.
Bising-bising mereka zikir kepada-NYA, bising-bising kita entah ke mana.
P/s : Sakura is around the corner, moga Allah perkenankan doa bertemu buat kali ke-3. :)
Sayang selagi kedua-duanya masih ada, terus berdoa bagi yang telah kembali. Moga Allah kumpulkan bersama di Syurga.
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”.
(Al-Israa’ : 23-24)
Aku menadah tanganku dua-dua belah, pintaku hanya pada Allah.
Selamat Hari Lahir Muhammad Hilal Asyraf.
Semoga umurmu dalam redha Allah selalu.
Semoga Allah menjaga dirimu setiap detik dan waktu.
Semoga Allah kabulkan setiap impian dan citamu.
Terus berjuang wahai sahabatku.
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”
(Ali Imran : 103)